Saya, dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam MPC atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran untuk dipilih dalam sebutharga/tender/perkhidmatan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam MPC atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan *sebut harga/tender/perkhidmatan ini, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran *sebutharga/tender/perkhidmatan di atas; atau
2.2 penamatan tawaran bagi *sebutharga/tender di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat sebagai ganjaran mendapatkan *sebutharga/tender/perkhidmatan ini, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.